Thursday, 5 January 2012


4 ISTERI !    BELI SAHAM UNTUK  ISTERI PERTAMA
Ada seorang saudagar  kaya mempunyai 4 isteri.  Dia sangat mencintai isteri ke 4, dan memberinya harta kekayaan dan kesenangan, sebab ia isteri yang  cantik dan termuda  diantara isteri-isterinya. Dia sangat takut kalau-kalau isterinya meninggalkannya.
Saudagar juga mencintai isteri yang ke 3. Ia sangat bangga dengan isterinya dan selalu berusaha untuk memperkenalkan  wanita cantik  itu kepada semua  temannya,  namun ia juga selalu khawatir  kalau isterinya itu lari dengan laki-laki lain dan meninggalkannya. 
Begitu juga dengan isteri yang ke 2,  saudagar itu sangat menyukainya  kerana ia isteri yang sabar dan penuh pengertian, bila-bila masa  saudagar mendapat masalah, ia selalu meminta pertimbangan dari isteri ke 2 nya, isterinya ini yang selalu menolong dan mendampinginya ketika    ia mengalami  kesusahan.
Sama halnya dengan isteri pertama, ia adalah pasangan  yang sangat setia dan selalu membawa perbaikan bagi kehidupan suaminya dan keluarganya. Wanita ini yang merawat dan mengatur  semua kekayaan  dan perniagaan suaminya dari awal berumah tangga  sehingga ia Berjaya menjadi orang kaya.                      Tetapi saudagar itu kurang mencintainya walaupun isteri pertama itu  begitu sayang kepadanya dan sanggup berkorban apa sahaja untuknya.
Suatu hari  saudagar itu sakit parah, tidak ada harapan untuk sembuh lagi,  dan ia menyedari bahawa dia akan segera  meninggal dunia, ia merasakan bahawa kehidupan yang indah itu  akan berakhir dengan kematian.         Dia berkata dalam hatinya; saat ini aku punya  4 isteri. Tetapi kalau aku meninggal dunia, aku akan tinggal sendirian, sungguh sedih dan pilu.
Lalu saudagar itu memanggil isteri-isterinya.
Di Panggil Istri yang ke  4  
Saudagar berkata kepada isteri yang ke 4,  :” Isteriku, engkaulah yang paling aku cintai, aku berikan kepada mu pakaian  yang cantik, perhiasan yang indah dan sebagainya.  Nah sekarang  aku sakit, aku akan mati, mahukah kamu mendampingi dan menemani ku di hujung kehidupan ku ini ?...    isteri ke 4  itu terdian, dan menjawab :”  no way” tentu sahaja tidak!!, dan dia terus pergi meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawaban itu  sangat menyakitkan hati saudagar, seakan-akan pisau yang  tajam  menghunus dan menghiris-hiris hatinya.
Di panggil Isteri yang ke 3 .
Saudagar itu memanggil siteri ke 3  dan  berkata : Isteriku!’ aku sangat mencintaimu dengan sepenuh hati, sekarang aku sakit dan aku  akan mati,. Mahukah kamu ikut dengan ku menemaniku sampai ke akhir hayatku?.   Isteri ke 3 menjawab :’ suamiku !  hidup ini begitu indah dan menyeronokkan, aku tidak akan mensia-siakan keindahan hidup ini,   jika kau mati , izinkan aku   akan menikah lagi dengan laki-laki yang lebih muda”  kemudian dia pergi meninggalkannya.  Hati saudagar hancur bagai di sambar petir di siang hari. Saudagar itu sangat terpukul dengan jawaban itu badannya terasa demam.


Di Panggil isteri yang ke 2
Kemudian Saudagar itu memanggil isteri yang ke 2, dia berkata, wahai isteriku!, engkau adalah isteri yang setia, setiap ada masalah yang ku hadapi aku sentiasa memohon pertolongan mu, dan kau sentiasa membantu aku dengan sepenuh hati,  maka dengan  itu aku sangan mencintai mu.  Kini aku sangat memerlukan pertolongan nu, kalaulah aku mati mahukah kamu menemaniku, mahukah kamu  terus mendapingiku. Jawaban isteri  yang ke 2 itu, “suamiku memang aku sentiasa menemani dan menolonghmu,   tetapi untuk kali ini, maafkan aku,  kali ini aku tak boleh menolong mu, aku tak dapat  menemanimu lagi,  hanya aku berjanji, kalau  abang mati aku akan menghantar mu hingga ke kubur, dan aku janji  akan membuatkan  kubur yang indah  untuk mu, dan ku belikan batu nisan yang  cantik dan mahal sebagai penghornmatanku, untuk mu”.
Saudagar itu merasa putus asa, dalam keadaan kecewa itu di sebabkan isteri yang ke 4 akan meninggalkannya, isteri yang ke3 akan kahwin lagi dengan yang lain, dan isteri yang ke 2 hanya mahu menghantar ke kubur, hanya mahu membuat batu nisan yang cantik sebagai tanda cintanya, yang pada waktu  itu aku tidak memerlukannya lagi,  apa gunanya kubur cantik  dan batu nisan mahal… keluhnya.
 Isteri yang pertama
Dalam kebingungan itu, tiba tiba terdengar suara lantang, “aku akan bersamamu dan menemanimu kamanapun  kamu pergi wahai suami ku!.   Aku tak akan meninggalkanmu walaupun sekejap, aku akan setia bersamamu dalam setiap keadaan”.  Saudagar itu menoleh kesamping  kiri,  kearah datangnya suara itu, dan dia mendapati  isteri pertamanya di sana, isteri pertamanya  kelihatan begitu kurus, dan  tak terurus,  badannya seperti orang kelaparan.   Saudagar merasa menyesal  akan tindakan kepada isteri pertamanya yang selama ini  kurang memperhatikannya  bahkan hampir  membiarkannya.   Sudagar itu mencuba bangun dan berkata :” Isteriku !  kalaulah  aku  boleh merawatmu  lebih baik  ketika aku sehat, sudah tentu kamu tidak kurus begini,  kalaulah aku dulu  memelihara dan memberi perhiasan  untuk mu ketika aku sehat dan saat aku mampu,  tentu engkau akan kelihatan sehat dan cantik,  tak akan kubiarkan engkau kurus seperti ini, wahai isteri ku, tapi sekarang aku sudah tak kuat, aku sudah tak sehat, aku  menyesal tidak memberi perhatian dan tumpuan kepada mu, maafkanlah aku.       Itulah penyesalan suami  terhadap isteri  pertamanya.
HIDUP  IBARAT KITA DIWARNAI 4 ISTERI….
Isteri ke 4 adalah  ibarat HARTA KEKAYAAN. Semua orang sayangkan harta, Seberapa banyak waktu   kita  gunakan untuk mencari dan menambah harta, sanggup susah dan letih demi harta,  tetapi apabila kita mati  harta akan cepat pergi meninggalkan kita, bahkan sebelum mati ahli waris sudah berebut, membahagiakannya  ( Kisah  3  ABDUL).  
Isteri ke 3 adalah ibarat STATUS SOSIAL dan KEDUDUKAN. Orang bangga dengan pangkat, Saat kita meninggal  semuanya akan pergi berpindah kepada yang lain,  dan melupakan kita  yang pernah memilikinya.  Setinggi apapun kedudukan kita  semuanaaya itu  akan berpindah tangan  dalam waktu yang singkat ketika kita tiada kuasa lagi.  
Isteri yang 2 adalah ibarat Keluarga/kerabat dan teman. Seberapa dekatpun hubungan kita dengan mereka, kita tidak akan terus  berkekalan bersama mereka, walaupun mereka sayang, bila kita mati, mereka hanya sanggup menghantar kita   sampai ke lubang  kubur   ketika kita mati.
Sesungguhnya isteri yang pertama adalah Ibarat Iman dan amal kita. Sebenarnya hanya Iman dan amal kitalah yang mampu dan terus setia menemani kita  kemanapun kita melangkah. Dimanapun kita berada setelah mati, Hanya amal soleh yang menemani kita di alam kubur dan alam akhirat kelak.
Jadi selagi mampu, maka perlakukanlah jiwa kita dengan  bijak dan juga jangan bosan dan jemu untuk melakukan  amal jariah, amal ibadah, amal soleh,  menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, betapapun kecilnya bantuan  kita, tetapi bagi yang memerlukan  besarlah nilainya.                                    Marilah kita belajar  memperlakukan  jiwa dan amal kita dengan bijak.