4
ISTERI ! BELI SAHAM UNTUK ISTERI PERTAMA
Ada
seorang saudagar kaya mempunyai 4
isteri. Dia sangat mencintai isteri ke 4,
dan memberinya harta kekayaan dan kesenangan, sebab ia isteri yang cantik dan termuda diantara isteri-isterinya. Dia sangat takut
kalau-kalau isterinya meninggalkannya.
Saudagar
juga mencintai isteri yang ke 3. Ia sangat bangga dengan isterinya dan selalu
berusaha untuk memperkenalkan wanita cantik itu kepada semua temannya, namun ia juga selalu khawatir kalau isterinya itu lari dengan laki-laki
lain dan meninggalkannya.
Begitu
juga dengan isteri yang ke 2, saudagar itu
sangat menyukainya kerana ia isteri yang
sabar dan penuh pengertian, bila-bila masa
saudagar mendapat masalah, ia selalu meminta pertimbangan dari isteri ke
2 nya, isterinya ini yang selalu menolong dan mendampinginya ketika ia mengalami kesusahan.
Sama
halnya dengan isteri pertama, ia adalah pasangan yang sangat setia dan selalu membawa
perbaikan bagi kehidupan suaminya dan keluarganya. Wanita ini yang merawat dan
mengatur semua kekayaan dan perniagaan suaminya dari awal berumah
tangga sehingga ia Berjaya menjadi orang
kaya. Tetapi saudagar itu kurang
mencintainya walaupun isteri pertama itu
begitu sayang kepadanya dan sanggup berkorban apa sahaja untuknya.
Suatu
hari saudagar itu sakit parah, tidak ada
harapan untuk sembuh lagi, dan ia
menyedari bahawa dia akan segera
meninggal dunia, ia merasakan bahawa kehidupan yang indah itu akan berakhir dengan kematian. Dia berkata dalam hatinya; saat ini
aku punya 4 isteri. Tetapi kalau aku meninggal
dunia, aku akan tinggal sendirian, sungguh sedih dan pilu.
Lalu
saudagar itu memanggil isteri-isterinya.
Di
Panggil Istri yang ke 4
Saudagar
berkata kepada isteri yang ke 4, :” Isteriku,
engkaulah yang paling aku cintai, aku berikan kepada mu pakaian yang cantik, perhiasan yang indah dan
sebagainya. Nah sekarang aku sakit, aku akan mati, mahukah kamu
mendampingi dan menemani ku di hujung kehidupan ku ini ?... isteri ke 4 itu terdian, dan menjawab :” no way” tentu sahaja tidak!!, dan dia terus
pergi meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawaban itu sangat menyakitkan hati saudagar, seakan-akan
pisau yang tajam menghunus dan menghiris-hiris hatinya.
Di
panggil Isteri yang ke 3 .
Saudagar
itu memanggil siteri ke 3 dan berkata : Isteriku!’ aku sangat mencintaimu
dengan sepenuh hati, sekarang aku sakit dan aku akan mati,. Mahukah kamu ikut dengan ku
menemaniku sampai ke akhir hayatku?.
Isteri ke 3 menjawab :’ suamiku !
hidup ini begitu indah dan menyeronokkan, aku tidak akan mensia-siakan
keindahan hidup ini, jika kau mati ,
izinkan aku akan menikah lagi dengan laki-laki yang lebih
muda” kemudian dia pergi meninggalkannya. Hati saudagar hancur bagai di sambar petir di
siang hari. Saudagar itu sangat terpukul dengan jawaban itu badannya terasa
demam.
Di
Panggil isteri yang ke 2
Kemudian
Saudagar itu memanggil isteri yang ke 2, dia berkata, wahai isteriku!, engkau
adalah isteri yang setia, setiap ada masalah yang ku hadapi aku sentiasa
memohon pertolongan mu, dan kau sentiasa membantu aku dengan sepenuh hati, maka dengan
itu aku sangan mencintai mu. Kini
aku sangat memerlukan pertolongan nu, kalaulah aku mati mahukah kamu
menemaniku, mahukah kamu terus mendapingiku.
Jawaban isteri yang ke 2 itu, “suamiku memang
aku sentiasa menemani dan menolonghmu,
tetapi untuk kali ini, maafkan aku, kali ini aku tak boleh menolong mu, aku tak dapat
menemanimu lagi, hanya aku berjanji, kalau abang mati aku akan menghantar mu hingga ke
kubur, dan aku janji akan membuatkan kubur yang indah untuk mu, dan ku belikan batu nisan yang cantik dan mahal sebagai penghornmatanku, untuk
mu”.
Saudagar
itu merasa putus asa, dalam keadaan kecewa itu di sebabkan isteri yang ke 4
akan meninggalkannya, isteri yang ke3 akan kahwin lagi dengan yang lain, dan isteri
yang ke 2 hanya mahu menghantar ke kubur, hanya mahu membuat batu nisan yang
cantik sebagai tanda cintanya, yang pada waktu
itu aku tidak memerlukannya lagi,
apa gunanya kubur cantik dan batu
nisan mahal… keluhnya.
Isteri yang pertama
Dalam
kebingungan itu, tiba tiba terdengar suara lantang, “aku akan bersamamu dan
menemanimu kamanapun kamu pergi wahai
suami ku!. Aku tak akan meninggalkanmu
walaupun sekejap, aku akan setia bersamamu dalam setiap keadaan”. Saudagar itu menoleh kesamping kiri, kearah datangnya suara itu, dan dia mendapati isteri pertamanya di sana, isteri pertamanya kelihatan begitu kurus, dan tak terurus,
badannya seperti orang kelaparan.
Saudagar merasa menyesal akan
tindakan kepada isteri pertamanya yang selama ini kurang memperhatikannya bahkan hampir membiarkannya. Sudagar itu mencuba bangun dan berkata :”
Isteriku ! kalaulah aku
boleh merawatmu lebih baik ketika aku sehat, sudah tentu kamu tidak kurus
begini, kalaulah aku dulu memelihara dan memberi perhiasan untuk mu ketika aku sehat dan saat aku mampu, tentu engkau akan kelihatan sehat dan cantik,
tak akan kubiarkan engkau kurus seperti
ini, wahai isteri ku, tapi sekarang aku sudah tak kuat, aku sudah tak sehat,
aku menyesal tidak memberi perhatian dan
tumpuan kepada mu, maafkanlah aku.
Itulah penyesalan suami terhadap
isteri pertamanya.
HIDUP
IBARAT KITA DIWARNAI 4 ISTERI….
Isteri
ke 4 adalah ibarat HARTA KEKAYAAN. Semua orang sayangkan harta, Seberapa banyak waktu kita
gunakan untuk mencari dan menambah harta, sanggup susah dan letih demi
harta, tetapi apabila kita mati harta akan cepat pergi meninggalkan kita,
bahkan sebelum mati ahli waris sudah berebut, membahagiakannya ( Kisah
3 ABDUL).
Isteri
ke 3 adalah ibarat STATUS SOSIAL dan KEDUDUKAN.
Orang bangga dengan pangkat, Saat kita meninggal semuanya akan pergi berpindah kepada yang
lain, dan melupakan kita yang pernah memilikinya. Setinggi apapun kedudukan kita semuanaaya itu
akan berpindah tangan dalam waktu
yang singkat ketika kita tiada kuasa lagi.
Isteri
yang 2 adalah ibarat Keluarga/kerabat
dan teman. Seberapa dekatpun hubungan kita dengan mereka, kita tidak akan
terus berkekalan bersama mereka,
walaupun mereka sayang, bila kita mati, mereka hanya sanggup menghantar kita sampai
ke lubang kubur ketika
kita mati.
Sesungguhnya
isteri yang pertama adalah Ibarat Iman
dan amal kita. Sebenarnya hanya Iman dan amal kitalah yang mampu dan terus
setia menemani kita kemanapun kita
melangkah. Dimanapun kita berada setelah mati, Hanya amal soleh yang menemani
kita di alam kubur dan alam akhirat kelak.
Jadi
selagi mampu, maka perlakukanlah jiwa kita dengan bijak dan juga jangan bosan dan jemu untuk
melakukan amal jariah, amal ibadah, amal
soleh, menghulurkan bantuan kepada
orang-orang yang memerlukan, betapapun kecilnya bantuan kita, tetapi bagi yang memerlukan besarlah nilainya. Marilah
kita belajar memperlakukan jiwa
dan amal kita dengan bijak.